Never be confident about anything~~~

The only choice that you have is to success~~~

Failure is not your choice and of course it is not my choice~~~

Friday 7 February 2014

Cinta Stalker Laman Muka Buku...

        "okey,jgn lupa siapkan kerja yang dibahagikan tu...minggu depan abang nak tengok..."
"okeylah,rasanya semua boleh beredar dan kita jumpa minggu depan...peace yooo!!!"ujar abang senior sem 5 yang aq gelarkan "MR.WAFFEL".
       
         Semua ini bermula ketika aq sedang menunggu bas untuk pulang ke kolej kediaman..tetiba dia datang dan hulurkan aq waffle cokelat yang masih panas.Akhirnya aq terima selepas dipaksa beberapa kali oleh Mr.Waffel.Sekarang ini Mr.Waffel merupakan presiden untuk satu kelab di universiti aq dan aq adalah ahli biro kebajikan untuk kelab tersebut.

         "Letih la macam nie,homework dengan assignment pun banyak..pastu tambah lagi dengan kerja kelab..diorg ingat kita nie robot ke??..bleh buat multi-tasking.."rungut kawan baik aq.Aq hanya mendengar sahaja.Aq sendiri rasa terbeban dengan kerja kelab nie..tapi nak buat macam mana..kami hanya MENURUT PERINTAH ABANG SENIOR a.k.a Mr.Waffel.

         Pada keesokkan hari ketika aq dalam perjalanan ke fakulti ICT,seperti biasa aq akan terserempak dengan Mr.Waffel di hadapan fakulti..tetapi kali ini dy bukan berkeseorangan tetapi dengan seorang lelaki yang mungkin buddy rapat dy kot."Whatever la,bukan masalah aq pun si Mr.Waffel tu nak keluar dengan sesiapa pun.."ujar aq bersendirian.Tetapi kenapa hati aq betul2 tertarik dengan lelaki yang bercakap dengan Mr.Waffel tu??

      Apakah semua ini!!!!..Adakah ini???..TTTIIIDDDAAKKK!!!!!.."Argh!!semua ini karut..."jerit aq di dalam hati.."Mak oii!!dah lambat..tu la sibuk pandang2 orang lagi.."kata aq sambil mempercepatkan langkahku..

      Satu hari aq tidak dapat fokus di dalam kelas...semua ini gara2 lelaki yang bercakap dengan Mr.Waffel..Siapa dy??..Knp aq rasa lain??..Adakah ini cinta pandang pertama??..Tapiiiii???..
Aq berjalan dengan lemah untuk kembali ke kolej kediaman...seperti org yang hilang jiwanya..
Rakan sebilik aq pun menegurku.."Awat hang nampak lain sangat??..Lembik ja??..Awat hang lapaq ka??.."..aq hanya mampu memandangnya lesu tanpa berkata2..aq sendiri tidak pasti kenapa aq jadi begini..

      Pada sebelah malam,seperti biasa ketika aq sedang sibuk untuk menyaipkan kerja yang diberi oleh Mr.Waffel..tetiba hatiku terdetik untuk mencari gerangan lelaki yang telah membuat aq jadi begini..Maka,aq terus log in ke Facebook dan terus mencari nama facebook Mr.Waffel dengan harapan lelaki tersebut menjadi kawan facebook Mr.Waffel..Hampir setengah jam aq mencari dan akhirnya aq terjumpa juga...U did it,girl!!..akhirnya aq tahu juga nama mr.handsome tu..nama dy Najmie rupanya..dy budak penyelidikan struktur tanah rupanya...hati aq jadi berbunga2..malam tu aq tidur dengan hati yang cukup gembira..

     Pada keesokkan hari,aq dalam perjalanan untuk ke perpustakaan..tetiba aq terserempak dengan Najmie..badanku rasa kaku..aq rasa cukup gugup kerana terlalu terkejut bejumpa dengan dy..
"malam nie ke tengok facebook dy..mesti!!"kata aq di dalam hati..Walaupun aq tahu dy langsung tidak mengenali aq tetapi aq akan cuba untuk mengenali dy..

      Pabila malam menjelma,aq muka menjadi seorang stalker kepada Najmie..hihihi...Aq mula membaca maklumat tentang dirinya satu persatu..."oh,budak sem 5 ke??..kiranya sama dengan Mr.Waffel tu la"..kata aq bersendirian..Aq mula membuka gambarnya...dan melihat satu persatu sambil tersenyum...dan tiba2 aq teringat.."aq kena tengok status dy??..single atau in relationship??" kata aq sambil sibuk meng"klik" fail "about".... dan aq menarik nafas lega..rupa2nya dia masih single...so,aq ada chance la kan??

     Hampir setiap hari aq menjadi stalker kepada dy...dan aq mula sedar,aq xpernah tambah dy sebagai kawan aq kerana takut dy xterima aq...aq segan dan malu sangat bila berselisih dengan dy...Padahal dy xpernah kenal aq pun...tapi aq betul2 sukakan dy kerana gaya dan caranya,..aq tahu dy orang baik kerana setiap hari jumaat dy mesti berbaju melayu dan itu yang membuat aq makin cair bila melihat dy...Alahai,inikah rasanya cinta???

     Biarlah aq menjadi stalker dy di laman muka buku...biarlah dy tidak mengenali aq dan biarlah perasaan ini aq simpan serapat2nya..kerana aq yakin jodoh aq telah ditetapkan..aq rasa selesa dengan cara ini untuk aq mengenalinya...aq berasa bahagia..biarlah aq menjadi stalker Najmie di laman muka buku buat selama2nya...

P/S:ini hanyalah novel rekaan yang tiada kena mengena dengan sesiapa pun..diharap semua orang akan terhibur membacanya,,


xoxo
misz sakura