Never be confident about anything~~~

The only choice that you have is to success~~~

Failure is not your choice and of course it is not my choice~~~

Friday 15 July 2011

BeAst Live In MaLaYsIa.....

Selamat Pgi kengkwn semua....

Hari ini saya akn citer pasal KPOP WAVES yg makin hebat melanda di Malaysia sehingga menenggelamkan dunia hollywood yg pernah fans malaysia minat dulu.....Jika ditanya knp minat dgn mamat and minah dari Korea nie????....Jawapan yg slalu didengar adalah"Diaorg cute sgt...Comellah.....Hensem sgt...."itulah jawapan yg slalu didengar klu mintak pendapat pasal KPOP.......Saya jugak minat KPOP and i'm support it because they from ASIA...so,sbg org Asia kita kenalah sokong org yg dtg dr benua yg sama dgn kita...
Betul tak?????

This is one of my favourite band-boy,BEAST......Diaorg dtg utk first fan meeting kat KL....best sgt....
Jom Tgk cikit.....



IMG_0463.JPG

Tarikh yang selama ini ditunggu-tunggu oleh peminat kumpulan K-Pop dari Korea, Beast telah tiba. Pada 1 Julai yang lalu, bertempat di Surf Beach Sunway Lagoon, telah berlangsungnya sesi bertemu peminat kumpulan Beast (Boys of East Standing Tall). Sebuah persembahan yang dimulakan tepat pada jam 8.30 malam ini dibawakan secara eksklusif dan dibawakan khas oleh FlyerVision Entertainment bersama dengan Star Planet.

Untuk kali yang kedua, Beast atau B2ST telah datang ke Malaysia. Kali ini kedatangan mereka agak istimewa kerana kedatangan mereka kali ini adalah untuk mendekati dan meraikan peminat yang berada di Malaysia. Sudah namanya artis dari luar, maka kawalan ketat yang telah diaturkan oleh pihak penganjur telah sedikit sebanyak menjadikan sesi bertemu peminat kali ini agak tidak lengkap sempurna. Terlalu banyak larangan yang berupa fizikal, kerana kumpulan penyanyi dari Korea ini dikawal dengan ketat sekali.

IMG_9346_1.JPG

Peminat setia Beast, yang telah berhabis duit membeli tiket dengan harga serendah RM 188 hinggalah ke RM 388 ini telah sedia menunggu di perkarangan Hotel Sunway mulai jam 3 petang lagi. Ramai telah berpusu-pusu membanjiri perkarangan Hotel tersebut dengan harapan mereka akan dapat berjumpa dengan Beast. Hanya selepas konsert bermula, peminat-peminat dapat bertemu dengan kumpulan yang dianggotai oleh enam jejaka tampan iaitu Yoon Du Jun, Jang Hyun Seung, Yong Jun Hyung, Yang Yo Seob, Lee Gi Kwang dan Son Dong Woon akan menghiburkan peminat mereka di Malaysia tidak lama lagi. Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 2009 ini amat terkenal dengan lagu Beautiful Girl, Shock, dan Bad Girl.

Apa yang pasti kedatangan mereka untuk kali kedua ke Malaysia telah memberikan satu kenangan yang manis dan bermakna buat peminat dan kelab peminat mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai B2uty (Beauty) atau dikenali sebagai “B2uty and the Beast”! Sesi perkenalan kumpulan Beast agak lucu, di mana mereka berenam berlumba-lumba untuk berinteraksi dengan peminat di Malaysia dengan menggunakan bahasa Melayu. Riuh rendah keadaan jadinya apabila antara bait-bait ayat yang dilafazkan oleh mereka adalah, “Aku Cinta Padamu”. Luluh hati gadis-gadis yang begitu menggilai kumpulan Beast apabila mendengar tiga kalimah sakti itu.

IMG_9344.JPG

Kumpulan ini nampak sangat santai dan relaks sekali apabila berada di atas pentas. Namun, dua daripada ahli kumpulan ini nampak pasif dan tidak cukup lincah. Mungkin terpaksa menyesuaikan diri dengan bahang kepanasan di Malaysia barangkali. Di dalam sesi temu bual eksklusif bersama pihak media, Beast yang memerlukan khidmat bantuan penterjemah bahasa ada memberitahu bahawa mereka sebenarnya mulai jatuh hati dengan Malaysia dan sudah dapat membiasakan diri dengan keadaan di Negara ini. Selain itu juga, mereka amat terharu dengan sambutan yang diberikan oleh peminat-peminat yang berada di sini.

Bercerita mengenai hobi masing-masing selain sibuk dengan aktiviti harian, mereka turut memberitahu bahawa antara salah satu kegemaran mereka adalah menari dan ada juga yang gemar bermain bola sepak. Nampaknya, ahli kumpulan Beast ini sememangnya lincah bukan sahaja di pentas, malah di luar juga. Apa yang menariknya dengan anak-anak muda yang berusia di dalam lingkungan 20 hingga 22 tahun ini nampaknya menggemari menu masakan Malaysia. Baik ketika di majlis sidang media dan juga sewaktu persembahan, ketika ditanya oleh juruacara yang bertugas, tidak lekang dari mulut mereka juadah Malaysia yang perlbagai rasa itu. Mungkin mereka telah dilatih terlebih dahulu untuk menghafal juadah makanan yang ada supaya senang proses memesan makanan agaknya.

IMG_9676.JPG

Persembahan penuh bertenaga oleh kumpulan Beast yang menyanyikan lagu seperti Rainy Day ,Shock, Beautiful, Oasis, I like You The Best, Very important U (VIU) dan banyak lagi ini turut beramah mesra bersama-sama dengan peminat mereka. Ada juga yang berpeluang untuk naik ke atas pentas dan mendekati mereka dengan lebih rapat dan merasai peluang untuk berinteraksi di hadapan mereka. Pasti ramai yang cemburu dengan peluang yang diberikan kepada mereka ini bukan?

Konsert yang berjalan selama lebih tiga jam ini nampaknya penuh dengan hiburan nyayian dan tarian mereka yang pastinya telah dihafal oleh peminat-peminat yang membanjiri Surf Beach Sunway Lagoon. Tidak dilupakan, untuk kali yang keduanya juga, Du Jun telah meraikan hari jadinya bersama-sama dengan peminat di Malaysia. Sebiji kek yang ditempah khas buat Du Jun turut diiringi dengan lagu nyanyian Selamat Hari Jadi di dalam bahasa Korea. Nampaknya, peminat Beast ini bukan sahaja menghafal lagu-lagu mereka, malah menghafal juga lagu lain asalkan di dalam bahasa Korea.

Semoga kedatangan artis dari luar ini akan meningkatkan lagi nama kita di persada dunia dan bukan hanya menjadi sebuah destinasi persinggahan popularity mereka sahaja. Peminat K-Pop yang semakin berkembang pesat di Negara ini juga diharapkan agar sama-sama turut menyokong konsert artis-artis tempatan juga ya. Kedatangan BEAST ke Kuala Lumpur kali ini lebih meriah dan penuh dengan hiburan gaya K-Pop yang asli.   

So....I hope you guys love it....
p/s:Malam nie 16 n 17 JULY ada citer psl KPOP kat buletin utama pkul 8.00mlm....


wish me gud luck......
Dayang Putri Sakura......