Never be confident about anything~~~

The only choice that you have is to success~~~

Failure is not your choice and of course it is not my choice~~~

Friday 16 September 2011

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA.....

Hello bloggers....

Apa khabar..?????Harap2 semua sihat selepas seminggu kita beraya.....

Akhirnya semua org kembali menjalankan tugas masing2 slps seminggu bercuti..... walaupun kita masih dlm mood raya...harap2 kita msih mampu menjalankan tugas kita dgn baik...

Hari ini adalah hari yg sgt bermakna kpd rakyat Malaysia...hari ini adalah hari Malaysia......di mana  nama Tanah Melayu ditukarkan kpd Malaysia dan kemasukkan Sabah dan Sarawak ke dalam perlembagaan Malaysia.......

Hari ini juga kita semua serentak menyambut hari Kemerdekaan.....ini adalah hari yg plg bermakna krn 2 peristiwa yg bersejarah disambut dlm satu hari....

Jadi disini saya ingin ucapkan SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YG KE-54 DAN HARI MALAYSIA.......
Kini kita bebas merdeka drpd penjajah musuh dr segi fizikal dan mental......kita juga harus bebas dan merdeka drpd penjajah pemikiran drpd pihak luar.....

Disini juga saya ingin ucapkan selamat maju jaya pelajar SPM yg sedang menduduki peperiksaan percubaan SPM dan selamat bergembira kpd adik2 UPSR yg sudah tamat peperiksaan....

Saya sentiasa berdoa agar Malaysia akn terus kekal menjadi negara yg aman dan makmur serta pesat dr segi pembangunan dan ekonomi yg maju..AMIN....

Ingatlah,kita harus bersyukur dgn sumbangan pewira yg sanggup mempertahankan negara demi keselesaan anak cucu mereka.....pertahankan keamanan yg sudah dicapai ini demi mengenangkna segala jasa yg telah ditaburkan oleh mereka....


salam kemerdekaan ....
Dayang Putri Sakura....

Monday 29 August 2011

SLAMAT HARI RAYA SEMUA.....

Slamat Hari Raya followers...

Hari dah hari raya...so,disini saya menyusun 10 jari memohon kemaafan dari semua jika sepanjang saya menulis blog nie...ramai yg terasa hati.....

Saya harap semua yg sambut raya nie berhati2...ok....
dan buat budak2 SPM..raya tu ingat2 la....trial tinggal lg 2 minggu je....
so jgn lupa bukak buku tau....

nie ada sedikit kiriman ikhlas dr sya utk semua followers...



salam aidilfitri dari dayang putri sakura....

Friday 29 July 2011

RaMaDaN KeMbALi LaGi....

Assalamualaikum semua....

Pejam celik,pejam celik dah nak puasa dah...tinggal beberapa hari lg je kita boleh pulun makan siang2 hari...nanti dah x leh dah....

Ramai org mempunyai aim mereka yg tersendiri bila nak puasa nie....ada yg kata nak kuruslah,nak wat byk ibadat lah,bleh save money la and so on......tp setiap yg kita niat tu sebleh2nya mendatangkan kebaikkan di dunia dan akhirat...Bg saya,puasa nielah bulan yg dinantikan oleh semua org ISLAM....meraka nak buat byk ibadat kerana setiap ibadat yg dilakukan akn mendapat pahala yg berganda....

Saya berharap juga agar sesetengah drpd mereka tidak jdkan bulan puasa sbg PESTA MAKAN.....
ingat apa yg kita buat pasti ada kebaikkan yg tersemdiri....

Saya ingin ucapkan SELAMAT BERPUASA KPD SEMUA MUSLIM DAN MUSLIMIN...
agar bulan yg mulia nie mendpt kberkatan drpd NYA.....amin....

wish you all gud luck...
Dayang Putri Sakura......

Tuesday 26 July 2011

CaRa UnTuK HiLaNgKaN MeNgAnTuK DaN TeKaNaN.....

Anneyeohaseyo.....

apa khabar semua????saya harap semua follower relax je....walaupun kita slalu rasa stress dan mengantuk...
Disini saya ada satu tips yg berguna utk hilang segala tekanan..

Klu nak meriahkan suasana,bleh pasang mana2 lagu K-POP....mesti best.....

so,let's we start it.....

Di sini terdapat beberapa langkah senaman yang boleh menghilangkan rasa mengantuk dan tekanan. Kepada mereka yang selalu rasa mengantuk ataupun tengah mengalami tekanan, Sila ikuti dan lakukan senaman ini. Selamat Mencuba!!
LANGKAH 1

 
Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..

LANGKAH 2

Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..

LANGKAH 3

wa..wa..aaa

LANGKAH 4

Gerak kekanan kemudian ke kiri..

LANGKAH 5

Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..

LANGKAH 6

Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..

LANGKAH 7

Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..

LANGKAH 8

Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…

LANGKAH 9

Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..

LANGKAH 10

Hilangkan semua tekanan…

LANGKAH 11

pusingkan kepala…

LANGKAH 12

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

LANGKAH 13

Akhir sekali lakukan joget kucing…
————–

So,macam mana....rasa cool sikit....harap2 segala yg terbeban di kepala dpt dikurangkan....

wish you guys gud luck....
Dayang Putri Sakura....


Thursday 21 July 2011

PARK JUNG MIN...THE CHARISMA GUY.....

 

 

 

Anneyeohaseyo...

Hari nie saya akn citer mengenai seorg penyanyi dan pelakon yang semakin meningkat naik namanya.....
Dia adalah PARK JUNG MIN...merupakan salah seorg ahli SS501...
I hope you enjoy it....


Profil Park Jung Min
Biodata
Nama : Park Jung Min
Tanggal lahir: 3 April 1987
Tempat lahir : Seoul, Korea Selatan
Gol. darah : O
Tinggi : 182 cm
Berat : 67 kg
Posisi : low vocal
Julukan : Horse, sexy charisma
Hobi : Menulis lagu
Talenta : Tap dancing, panjat tebing, akting
Pendidikan : Kyonggi University (lulus dari High school affiliated to Dankook University)
Keluarga : Ortu, kakak laki2, kakak perempuan
Motto : Always be thankful

Perjalanan Karier
Park Jung Min adalah member grup Korsel SS501, yang debut tahun 2005. Dia adalah member kedua yang lolos audisi. Dia menjadi bintang tamu dalam berbagai variety show dan pada tahun 2006 menjadi DJ radio program Youngstreet bersama dengan Kim Kyu Jong dan Heo Young Saeng.
Park Jung Min terlibat dalam musikal Grease sebagai pemeran utama pria 'Danny Park'. Dia medapatkan penghargaan dalam "Golden Ticket Award" untuk Best Musical New Talent mengalahkan YeSung (Super Junior)
Tahun 2010 dalam program TV Human Theater dia adalah tokoh utama yang berperan sebagai dirinya sendiri, Park Jung Min. Dia juga punya acara TV berjudul What a Women Wants.
Park Jung Min / CEO Park adalah pemilik shopping mall online Royal Avenue. Berawal dari toko online, Royal Avenue telah membuka showroom dan kafe di Korea sejak April dan pada bulan Juli membuka cabang pertamanya di China. Pada pembukaan toko, CEO Park Jung Min mengungkapkan telah menyiapkan kejutan bagi konsumen China.
Setelah kontraknya berakhir dengan DSP Media pertengahan 2010, pada tanggal 10 Agustus 2010, Jung Min mengungkapkan dia telah menandatangani kontrak dengan CNR MEDIA.
Jung Min Info
Solo :
- HERE ('Kokoro' August 2007)
- Only me? (1st Solo Album - Taiwan Version, Juli 2009)
- If You Cannot feat. Jisun (SS501 Solo Collection 2009)

Mini album solo:
Not Alone
* Released: January 20, 2011
* Label: CNR Media
* Tracks: #6
1. Not Alone
2. 넌 알고 있니 (Do You Know?)
3. 내 하루는 매일매일 크리스마스 (Everyday Is Christmas)
4. Not Alone (Instrumental)
5. 넌 알고 있니 (Do You Know?) (Instrumental)
6. 내 하루는 매일매일 크리스마스 (Everyday Is Christmas) (Instrumental)

The, Park Jung Min
* Released: April 1, 2011
* Label: CNR Media
* Tracks: #7
1. 눈물이 흐를 만큼... (Like tears are falling...)
2. 가라 가라 (Go Go)
3. Not alone
4. 넌 알고 있니 (Do you know?)
5. 내 하루는 매일매일 크리스마스 (Everyday Is Christmas)
6. 눈물이 흐를 만큼... (Like tears are falling...)(Inst.)
7. 가라 가라 (Go Go) (Inst.)

TV Show :
- Elephant (Episode 85)
- OnStyle Magazine's What Women Want
- MBC Human Theater 2010
- Superstar Mini-Drama Ep.8 Meet

Pementasan Musikal :
- Grease (musical) sebagai pemeran utama Danny Park (December 2008 - March 2009)
- Bonds of Boys (musical) (November 2010)

Pengalaman:
- MTV Fresh VJ (March – November 2003),
- DJ tetap SBS FM acara "SS501 Youngstreet" (Mei 2006-April 2007)
- Pembawa acara televisi Great Expectations / Nukkimpyo: Widaehan Yusan 74434; Acara ini tentang warisan budaya korea (MBC, Desember 2006 - April 2007)
- Bintang tetap acara Ikemen Gasshūkoku (Fuji TV, mulai Oktober 2007)
- MC SBS Inki Gayo
- MC Mnet Countdown

wish me gud luck....
Dayang  Putri Sakura....

Tuesday 19 July 2011

Apa Kebaikkan Matrikulasi nie????


Anneyeohaseyo......

Kejap je masa nie kan...tgk2 dah nak masuk buan puasa dah...tinggal lg dua minggu je kita bleh mkn2 waktu siang...pastu dah start puasa....

Rasanya hampir semua sekolah dah mula menjual nombor pin matrix utk student SPM......tp ramai jugak yg teragak2 utk beli nombor pin itu sbb masih x tak apa halu tuju selepas SPM.....

Disini saya akn cuba terangkan secara ringkas sebagai pengetahuan awal dahulu....
Selepas habis SPM,kita diberi pilihan sama ada ingin menyambung pelajar terus ke Universiti,MAtrix,kolej atau kemana2 IPTA and IPTS ataupun sambung ke ting.6......

JIka kita berkelayakkan utk menyambung pelajaran ke matrix..itu peluang yg sgt bagus.....Pembelajaran di matrix hanya mengambil masa setahun ataupun 2 tahun perdasarkan permohonan pelajar tersebut....
Matrix adalah pelajaran utk diploma yg disingkatkan dr 3 tahun menjadi 1 tahun shj...Wah.!!!!nampak mcm susahkan????
Sebenarnya bg ex-student yg lepas...meraka kata ia agak senang jika dibandingkan gn Ting.6 krn pembelajaran hanya ditumpukan kpd satu semester shj...Misalnya,student hanya perlu menumpukan subjek tertentu utk semster itu shj dan pd akhir semester adanya exam...slps itu,jika result kita baik kita bleh smbung ke semester yg baru dgn subjek yg baru...x yah study utk topik yg lama.....Jika kita sambung tingkatan 6..pembelajarannya agak susah kerana pengajian mengambil masa satu tahun setengah....dan setiap topik itu dikumpulkan dan akn dijawab utk STPM nanti..berlainan dgn matrik...satu topik hanya utk satu semester shj...

TTP...ada syarat utk kekal lama di matrix....pointer kena lah 3.5 keatas baru lah bleh sambung utk semester seterusnya....selain itu,aktif dlm segala aktiviti di sana......Student yg melanjutkan perlajaran di matrix mendpt sepenuhnya tajaan biasiswa.....tidak perlu membayarnya kembali.....Diakhir semester..akn ada satu lg peperiksaan dan sebleh2nya pelajar mendpt 3.5 hingga 4.0 supaya mendpt tawaran ke universiti dgn bidang yg diminta.....

Bagi saya,di mana shj kita bleh meneruskan pelajaran asalkan kita rajin berusaha.....So,sekarang ini mula menetapkan matlamat anda supaya anda berusaha utk merealisasikan matlamat anda.....
Jika ada apa2 maklumat yg salah saya minta maaf.....Semoga anda berjaya pd masa hadapan...

wish you guys gud luck...
Dayang Putri Sakura.....

Monday 18 July 2011

Macam mana Dengan Nasib Kami ?????

Annyeohaseyo you guys..

Pasti semua org dah dengar mengenai berita hot yg tersebar luas sejak kebelakangan ini.....
APA!!!! TAk Dengar????

Okey....la nie saya akan citer apa yg hot tu.....Sejak kebelangan ini,rakyat Malaysia semakin pandai dan maju....Malangnya masih byk kekurangan yg perlu diperbaiki......Antaranya kekurangan pelajar lelaki di IPTA berada di tahap yg sgt kritikal.....Kerajaan memerlukan khidmat Kaum Adam utk membangunkan negara...

Oleh itu,kerajaan telah membuka peluang yg luas utk Kaum Adam melanjutkan pelajaraan....demi menstabilkan kembali nisbah lelaki dan perempuan di IPTA krn Kaum Hawa kelihatan sudah memonopoli hampir kesemua IPTA....Ini menyebabkan persaingan antara Kaum Hawa menjadi semakin sengit krn peluang byk diberi kpd Kaum Adam....

Ini yg menyebabkan ramai bakal2 penuntut IPTA terutamanya Kaum Hawa menjadi risau akn isu ini kerana takut tidak mendapat tempat utk meneruskan pelajaran di IPTA....Saya berharap sgt pihak kerajaan dpt menyediakan byk tmpt utk bakal2 penuntut IPTA yg mempunyai harapan yg  cerah utk membangunkan negara kita,Malaysia....

Mungkin bg sesetengah pihak seolah2 tidak kisah akn isu ini...tetapi bagi kami,rakyat yg ini membangunkan negara ini memandang perkara ini dgn serius....So,kpd semua Kaum HAwa,jgn risau krn setiap usaha yg kita lakukan dgn ikhlas pasti akn dibalas dgn baik....Jgn give up utk tidak belajar lg.....Ingat,kejayaan pasti ada dimana2 sahaja.....

I wish U all the best...
Dayang Putri Sakura.....

Friday 15 July 2011

BeAst Live In MaLaYsIa.....

Selamat Pgi kengkwn semua....

Hari ini saya akn citer pasal KPOP WAVES yg makin hebat melanda di Malaysia sehingga menenggelamkan dunia hollywood yg pernah fans malaysia minat dulu.....Jika ditanya knp minat dgn mamat and minah dari Korea nie????....Jawapan yg slalu didengar adalah"Diaorg cute sgt...Comellah.....Hensem sgt...."itulah jawapan yg slalu didengar klu mintak pendapat pasal KPOP.......Saya jugak minat KPOP and i'm support it because they from ASIA...so,sbg org Asia kita kenalah sokong org yg dtg dr benua yg sama dgn kita...
Betul tak?????

This is one of my favourite band-boy,BEAST......Diaorg dtg utk first fan meeting kat KL....best sgt....
Jom Tgk cikit.....



IMG_0463.JPG

Tarikh yang selama ini ditunggu-tunggu oleh peminat kumpulan K-Pop dari Korea, Beast telah tiba. Pada 1 Julai yang lalu, bertempat di Surf Beach Sunway Lagoon, telah berlangsungnya sesi bertemu peminat kumpulan Beast (Boys of East Standing Tall). Sebuah persembahan yang dimulakan tepat pada jam 8.30 malam ini dibawakan secara eksklusif dan dibawakan khas oleh FlyerVision Entertainment bersama dengan Star Planet.

Untuk kali yang kedua, Beast atau B2ST telah datang ke Malaysia. Kali ini kedatangan mereka agak istimewa kerana kedatangan mereka kali ini adalah untuk mendekati dan meraikan peminat yang berada di Malaysia. Sudah namanya artis dari luar, maka kawalan ketat yang telah diaturkan oleh pihak penganjur telah sedikit sebanyak menjadikan sesi bertemu peminat kali ini agak tidak lengkap sempurna. Terlalu banyak larangan yang berupa fizikal, kerana kumpulan penyanyi dari Korea ini dikawal dengan ketat sekali.

IMG_9346_1.JPG

Peminat setia Beast, yang telah berhabis duit membeli tiket dengan harga serendah RM 188 hinggalah ke RM 388 ini telah sedia menunggu di perkarangan Hotel Sunway mulai jam 3 petang lagi. Ramai telah berpusu-pusu membanjiri perkarangan Hotel tersebut dengan harapan mereka akan dapat berjumpa dengan Beast. Hanya selepas konsert bermula, peminat-peminat dapat bertemu dengan kumpulan yang dianggotai oleh enam jejaka tampan iaitu Yoon Du Jun, Jang Hyun Seung, Yong Jun Hyung, Yang Yo Seob, Lee Gi Kwang dan Son Dong Woon akan menghiburkan peminat mereka di Malaysia tidak lama lagi. Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 2009 ini amat terkenal dengan lagu Beautiful Girl, Shock, dan Bad Girl.

Apa yang pasti kedatangan mereka untuk kali kedua ke Malaysia telah memberikan satu kenangan yang manis dan bermakna buat peminat dan kelab peminat mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai B2uty (Beauty) atau dikenali sebagai “B2uty and the Beast”! Sesi perkenalan kumpulan Beast agak lucu, di mana mereka berenam berlumba-lumba untuk berinteraksi dengan peminat di Malaysia dengan menggunakan bahasa Melayu. Riuh rendah keadaan jadinya apabila antara bait-bait ayat yang dilafazkan oleh mereka adalah, “Aku Cinta Padamu”. Luluh hati gadis-gadis yang begitu menggilai kumpulan Beast apabila mendengar tiga kalimah sakti itu.

IMG_9344.JPG

Kumpulan ini nampak sangat santai dan relaks sekali apabila berada di atas pentas. Namun, dua daripada ahli kumpulan ini nampak pasif dan tidak cukup lincah. Mungkin terpaksa menyesuaikan diri dengan bahang kepanasan di Malaysia barangkali. Di dalam sesi temu bual eksklusif bersama pihak media, Beast yang memerlukan khidmat bantuan penterjemah bahasa ada memberitahu bahawa mereka sebenarnya mulai jatuh hati dengan Malaysia dan sudah dapat membiasakan diri dengan keadaan di Negara ini. Selain itu juga, mereka amat terharu dengan sambutan yang diberikan oleh peminat-peminat yang berada di sini.

Bercerita mengenai hobi masing-masing selain sibuk dengan aktiviti harian, mereka turut memberitahu bahawa antara salah satu kegemaran mereka adalah menari dan ada juga yang gemar bermain bola sepak. Nampaknya, ahli kumpulan Beast ini sememangnya lincah bukan sahaja di pentas, malah di luar juga. Apa yang menariknya dengan anak-anak muda yang berusia di dalam lingkungan 20 hingga 22 tahun ini nampaknya menggemari menu masakan Malaysia. Baik ketika di majlis sidang media dan juga sewaktu persembahan, ketika ditanya oleh juruacara yang bertugas, tidak lekang dari mulut mereka juadah Malaysia yang perlbagai rasa itu. Mungkin mereka telah dilatih terlebih dahulu untuk menghafal juadah makanan yang ada supaya senang proses memesan makanan agaknya.

IMG_9676.JPG

Persembahan penuh bertenaga oleh kumpulan Beast yang menyanyikan lagu seperti Rainy Day ,Shock, Beautiful, Oasis, I like You The Best, Very important U (VIU) dan banyak lagi ini turut beramah mesra bersama-sama dengan peminat mereka. Ada juga yang berpeluang untuk naik ke atas pentas dan mendekati mereka dengan lebih rapat dan merasai peluang untuk berinteraksi di hadapan mereka. Pasti ramai yang cemburu dengan peluang yang diberikan kepada mereka ini bukan?

Konsert yang berjalan selama lebih tiga jam ini nampaknya penuh dengan hiburan nyayian dan tarian mereka yang pastinya telah dihafal oleh peminat-peminat yang membanjiri Surf Beach Sunway Lagoon. Tidak dilupakan, untuk kali yang keduanya juga, Du Jun telah meraikan hari jadinya bersama-sama dengan peminat di Malaysia. Sebiji kek yang ditempah khas buat Du Jun turut diiringi dengan lagu nyanyian Selamat Hari Jadi di dalam bahasa Korea. Nampaknya, peminat Beast ini bukan sahaja menghafal lagu-lagu mereka, malah menghafal juga lagu lain asalkan di dalam bahasa Korea.

Semoga kedatangan artis dari luar ini akan meningkatkan lagi nama kita di persada dunia dan bukan hanya menjadi sebuah destinasi persinggahan popularity mereka sahaja. Peminat K-Pop yang semakin berkembang pesat di Negara ini juga diharapkan agar sama-sama turut menyokong konsert artis-artis tempatan juga ya. Kedatangan BEAST ke Kuala Lumpur kali ini lebih meriah dan penuh dengan hiburan gaya K-Pop yang asli.   

So....I hope you guys love it....
p/s:Malam nie 16 n 17 JULY ada citer psl KPOP kat buletin utama pkul 8.00mlm....


wish me gud luck......
Dayang Putri Sakura......

Thursday 14 July 2011

Panggilan PLKN Untuk Pelajar SPM......

Tak tahu nak nyatakan bagaimana perasaan apabila mendpt panggilan ke PLKN....rasa terkejut,hairan gembira dan sedih.......bercampur baur....sukar utk nyatakan.....Bg pelajar yg lahir pd tahun 1994,bleh membuat semakan PLKN secara online dan SMS...saya merupakan salah seorg pelajar yg terlibat dgn program ini....ramai kwn2 saya yg dpt...dan ada juga yg belum dipanggil lagi......

Apa2 pun focus yg utama adalh SPM...biarkan panggilan itu buat sementara waktu.....tumpukan kpd  pra-SPM dan percubaan SPM dahulu...saya harap follower yg senasib dgn saya berasa bersyukur kerana kita terpilih dan bakal mendpt pengalaman yg org lain x rasai lg....so,gud luck saya ucapkan kpd semua geng...

p/s:sedihnya bola kalah dgn Arsenal....ambik ini sbg satu semangat yg baru utk next game..

wish me gud luck....
Dayang Putri Sakura...

Tuesday 12 July 2011

Hari Pertama Mempunyai Blog.......

Hari ini adalah hari pertama saya membina blog saya sendiri.....Terima kasih kepada guru ICT saya yang memberi peluang kepada saya utk membina blog ini.......di sini saya akn update pelbagai isu yang selalunya diperkatakan terutamanya mengenai remaja.....Antara bahan2 yg saya akn download adalah seperti cerita mengenai K-POP,pelajaran,isu semasa dan lain2 lagi.....Harap2 adalah follower yg akn membaca blog saya...

Wish Me Gud Luck....
Dayang Putri Sakura.....